
‘‘Tak malu ke nak masuk SHAKS balik?’’
Rata-rata tulah jenis soalan atau lebih tepat lagi memang
ayat yang wajib keluar dari mulut orang
bila tahu aku masuk balik sekolah lama. Dari aku form 1 sampai form 3, aku
bersekolah di SHAKS. Alhamdulillah result PMR aku memuaskan melayakkan diri aku
dapat SBP. Alhamdullillah. Aku bersyukur. Mak ayah aku pun gembira. Ayah aku
lagilah. Beriya-iya dia uruskan hal aku. Waktu dia uruskan hal aku tu, terdetik
dalam hati,
‘AKU TAKKAN MASUK SHAKS BALIK, AKU AKAN DUDUK INSTAR TU’
Lol, lawak kan? Aku dah mind set dalam otak aku, jangan
kecewakan ayah lah Najwa weih. Tolonglah. Kakak aku pun kata, ‘’Korbankan
perasaan kau tu.’’ Ok, aku boleh terima.
FIRST DAY, SELASA.
Aku sampai-sampai je aku terus rasa,
‘‘Ok sekolah, kita bakal bersama untuk dua tahun lagi’’.
Haha, lawak kan? Time tu aku masih boleh tahan perasaan aku.
Tahan sebak dada aku ni hah. Tahan segala-galanya lah. Yelah, aku tinggalkan
segala-galanya di SHAKS. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat
berjasa.
HARI SETERUSNYA
Aku tak berniat langsung nak balik SHAKS. Seteruk mana pun
aku rasa, aku pendam sorang-sorang. Dalam otak aku kata, kau boleh Najwa, kau
boleh. Ok, aku boleh. Aku pendam, pendam, pendam.
SABTU
Aku dah tak tahan sangat. Aku kol kakak aku yang ketiga.
Kaklang. Aku curahkan segala-galanya. Aku tak kuat. Aku tak kuat langsung. Aku
lemah. Jauh lebih lemah. Aku tak kuat. Aku menangis sehabis-habisnya. Aku tak
boleh berfikir langsung time tu. Aku.... aku, ntahlah aku pun tak tahu. Apa
yang aku tahu, aku nak keluar dari sekolah tu. Bagi aku, aku terlalu lemah. Aku
tanya mereka cara diorang belajar camna. Fuhh, senak otak aku dengar. Aku dah
tak fikir apa dah time tu. Yang aku tahu aku perlu blah dari situ.
AHAD
Aku curah segalanya kat mak and ayah. Ayah kata,
‘’Kalau susah sangat, berhenti sekolah! Duduk rumah! Tak
payah belajar. Senang.’’
Terdiam aku. Time tu aku fikir betul jugak. Manja betul aku
ni. Aku kata, ok, esok aku akan berusaha! Aku akan bertahan. Alahhh, dua tahun
je lagi kutt. Haha. Tapi kan, aku nak tunggu dari hari first sampai hari ni
punyalah sengasara. Boleh mak aku kata macam orang putus cinta punya sengsara.
Haha. Time tu aku fikir aku kuat. Aku kuat! Yes! Aku kuat!
Ok, aku masuk kelas macam biasa. Ada datang rasa sayu tu
bila kenang SHAKS tapi aku tepis pung pangg pungg pangg guna raket tenis. Ahh,
pejadah harem kau. Aku pun mula lah belajar. First aku belajar Physics, ok,
cikgu tu suruh buat sendiri. Dia kata kalau nak suruh dia ajar, buat-buat tak
pandai. Haha. Kfaing, aku dah blurr. Then belajar, belajar, belajar. Chemistry gabung kelas. 50 orang satu kelas.
Fuhh. Aku nak nangis dah time tu. Memang lah sebab kekurangan cikgu. Sebab
tulah. Then, Bahasa Arab. Aku habis tahan mata dah beb, serious mengantuk gila.
Memang tak patutlah aku judge cikgu walaupun hari pertama mengajar. But, the
most important is the first impression right? Erghh, aku dah naik pening dah
time tu. Bila belajar add math lagi aku rasa nak menjerit hempuk kepala kat
dinding tak pun pergi kat tingkap, buat terjunan olimpik. KAU TAHU AKU TAK
FAHAM SATU HABUK?!
‘AKU NAK KELUAR! AKU NAK KELUAR!’
Dan dan je time tu aku teringat cikgu Roihanah punya ayat.
‘’Awak tak perlu pun keluar dari SHAKS ni sebab cikgu-cikgu
kat sini semuanya cemerlang. Tak perlu dah pandang sekolah lain tu.’’
Haha. Time tu aku mampu gelak je dengar ayat pujuk cikgu Roi
tu. Dia tak bagi kami ni pindah. Ok. Aku rindu cikgu time tu. Kau tahu kenapa
aku sedih? Nak tahu? Sebabnyaaaaa... Aku bukan nak compare cikgu cemerlang
SHAKS dengan SBPI. It’s just aku boleh terima cara cikgu SHAKS mengajar. Aku
tak boleh terima cara cikgu SBPI mengajar. Memang aku ni demand. Tak layak
langsung cakap camni. But that’s the truth. The reality. I can’t denied it.
Petang tu aku curahkan segala-galanya kat mak. Then mak kata,
‘’Esok mak ambik kau, kemas barang, kita pergi SHAKS.’’
Aku tak tahu nak cakap pape dah. Aku speechless.
SELASA.
Genap 8 hari aku kat sini. Pagi tu aku tak bermaya langsung. Bukan sebab aku-apa-tahu. Cuma sebab aku ada
tekanan perasaan kut. Memang aku over. But please, aku tak reti langsung kawal
otak ngan hati aku. Hati aku nak stay, otak aku kata tak boleh. Cara dia 90%
berbeza. Aku tak layak langsung cakap camni. Mujur pagi tu ada PJ. Aku tak main
PJ. Aku alami tekanan perasaan. Pui. Haha. Over. Tapi itu kenyataannya. Seriously.
Then aku belajar Sejarah. Waktu tu aku nak menjerit kat situ.
‘’BAB 2?! SAYA BAB 1 PUN TAK HABIS LAGI CIKGU!’’
Erghhh. Ya Allah! Permudahkanlahh..... Tiba-tiba,
‘’Assalamualaikum cikgu, boleh saya berjumpa dengan Nur
Najwaizzati binti Azmi?’’
Cikgu kaunselor INSTAR datang ketuk pintu, nak berjumpa
dengan aku. Ok, aku dah tahu apa sebabnya. Aku pun ikut. Aku tak tahu apa hati
aku rasa time tu. Lebih tepat lagi macam jasad aku je berjalan sedangkan dalam
badan aku ni kosong. Serious, tu yang aku rasa.
Aku masuk je bilik UBK, aku kena soal. Macam-macam. Aku tak
tahu kenapa hati aku keras sangat time tu. SANGAT. Aku tak pernah keras macam
tu. Selama ni aku akan ikut je cakap orang. But this time, TAK. Aku pelik. Then
cikgu pun tak boleh nak cakap apa, dia lepaskan aku. But ada beberapa ayat yang
membuatkan aku ingat sampai sekarang.
‘’Awak sanggup guriskan hati ayah awak demi menggembirakan
hati awak?’’
‘’Saya tak berani janji, tapi saya takut saya lagi
mengguriskan hati ayah saya dengan result exam saya sebab
tak dapat capai apa
yang dia harapkan selangkah saya menjadi pelajar SBP.’’
AKU TERDIAM.
Terngiang-ngiang dalam otak aku,
‘’Awak berusaha nak keluar, sedangkan beribu-ribu berebut
nak masuk. Budak SBP dapat 6A dan budak sekolah biasa dapat 6A, universiti akan
pilih 6A kualiti SBP.’’
Ok. Aku tersentap di situ. Aku terfikir, kenapa? Hebat
sangat ke SBP? Memang aku akui, SBP hebat. SBP hebat. Aku teringat Hafsah,
Izzati kata,
‘’Baik kau pergi Najwa, aku ni kemain nakkan SBP, tapi tak
dapat. Takkan kau nak sia-siakan?’’
Ntah kenapa aku tak boleh terima SBP tu. Keluar je aku dari bilik
UBK tu, ayah terus kata,
‘’Sekarang ni, nak keluar ke tidak? Nak keluar, jom kemas.
Cepat.’’
Aku dapat rasa ayah marah. Yelah, siapa tak marah kan? Aku
mintak kebenaran mak ngan ayah nak solat Dhuha sebelum buat keputusan. Lepas je
solat, tanpa ragu-ragu aku pergi kat ayah,
‘’Jom ayah. Wa nak balik SHAKS.’’
And that was my story. Itulah cerita disebalik keputusan
aku. Memang aku terburu-buru. Pentingkan diri. Memang. Aku sekarang ni hanya mampu
berdoa je. Moga Allah permudahkan urusan
aku nak masuk SHAKS balik. InsyaAllah, haritu aku tanya, dia kata surat aku dah
siap, tunggu tandatangan Encik Tajul tu je sebab sekarang dia dekat Cameron. Ok.
Alhamdulillah. Tiada kata selain zikir tahmid, tasbih, takbir je keluar dari
mulut aku.Suhhanallah. Alhamdulillah. Lailahailallah. Allahuakbar. Ya Allah,
aku bersyukur.
Tatkala tu aku terus berjanji dalam hati nurani aku ni,
‘’Aku akan berusaha bersungguh-sungguh! Aku takkan main-main
dah lepas ni! Aku janji! Aku janji!’’
SISIPAN HATI
Kau tahu apa yang aku rasa? Aku berdoa kat Allah,
‘’Ya Allah, kuatkan aku, tabahkan aku, peliharalah aku.
Permudahkan urusan aku ke SHAKS, luluskan permohonan aku, izinkan aku bertapak
semula ke SHAKS.’’
Time tu aku bukak The Holy Al Quran, ada sedikit definisi
dari perkataan, aku tak ingat, tapi definisinya lebih kurang macam ni,
‘Tak perlu bersuara dengan suara yang kuat ketika berdoa
kerana Allah mendengar setiap doa kamu walaupun dibaca dengan sangat perlahan.’
Ya Allah, time tu hanya air mata aku berbicara. Benarlah
Allah itu ada SETIAP MASA dan Allah SWT itu MAHA MENGETAHUI. Subhanallah. Time
ni aku berjanji,
‘’Ayah, wa akan berusaha bersungguh-sungguh nak dapatkan
result cemerlang! InsyaAllah! Wa berjanji! Wa berjanji!’’
Dan aku teringat, SHAKS, pelajarnya bukannya teruk, ada je
dapat straight A. Dapat pergi luar negara lagi. Syafie, Kak Akmal, Faiz Adenan,
Kak Teha Roslan. Ramai lagi! Faiz Adenan, insyaAllah, SPM ni dia dapat STRAIGHT
A PLUS. PLUS KAU! InsyaAllah.
[Di mana –mana pun
kau boleh berjaya.]
Haha, time ni aku rasa macam ada je yang akan membalas camni,
‘’Dahtu kenapa tak
stay SBPI je?!’’
Haha. Aku pun tak tahu. Wallahua’alam. Satu je, jangan disebabkan
kau kejar nama, habuk pun tara. Ilmu apa pun kau tak dapat. Kan? InsyaAllah. Aku
bakal melakar nama nanti. Amin. Doakan aku ya? InsyaAllah. :’)
.jpg)
Known as: Wawa Azmi
Just me, my stories and a little bit of magic in this life.
Ala, don't worry. Najwa pasti boleh dekat mana-mana pun, InsyaAllah :)
ReplyDeleteThanks my dear friend. InsyaAllah. Just pray for my best. And InsyaAllah, i'll pray yours. :')
DeleteHarap kak najwa bley balik semula ke Shaks..
ReplyDeleteHajarku sayang~ Haha. amin. InsyaAllah~
Delete