Warning ! You have stepped onto New Diary Of My Life . Please leave your footprints and follow me yeah . Thanks for visit here ! :D

Saturday, May 25, 2013

THAT FEELING~


Assalamualaikum.

Pernah tak rasa suka kat seseorang? Mestilah pernah kan? Menipu sangat kalau tak pernah. Perghh. Tapi, sekarang ni masalahnya, bagaimana kita handle untuk suka pada seseorang tu. Adakah dengan cara kita pergi bangg dia mintak nombor telefon then tolak dia masuk gaung ok tak sabit... Atau dengan cara kita berdoa pada Allah, minta agar dengan meminati dia, kita sentiasa dekat dengan Allah. Kan? Which one?

Ok, aku sendiri ada hamba yang hina. Hamba yang khilaf. Hamba yang masih lagi lemah, tempang dan segalanya. Sedih kau tahu? Takutt. Aku duk bersyarah kat orang, mungkin tanpa sedar aku pun buat perkara yang melalaikan. Allah hu rabb. Ampunkan aku. Ampunkan aku. Aku pernah berjanji nak berubah... Tapi? Ada aku berubah sekarang? Allah.... Hanya Kau tempat aku mengadu. 

Aku masih seorang pelajar. Seorang pelajar yang tak cukup lagi ilmu agama, ilmu duniawi malah ukhrawi! Aku takutt. Andai kata aku mati tanpa sempat.... Naudzubillah. Ok, back to the story. Aku ada terbaca satu cerpen yang di mana kawan aku sendiri yang perkenalkan... Dalam cerpen tu bercerita seorang perempuan, yang tak kenal pun siapa lelaki tu, berkahwin dengan lelaki tu. Lelaki tu alim. Dan perempuan itu berubah. Ahh, aku tak reti nak cerita! Nah baca... CERPEN NI HAH... ok. Maybe agak mengarut, but seriously aku tersentuh. Then, aku baca pulak kat status facebook pasal cintun cinten ni hah. Tambah pulak aku tengok remaja sekarang kemain cintunenn nonnn cinta nya hah. 

Kadang-kadang kan, aku malu tahu tak. Belajar tak habis lagi. PMR tak lepas lagi. Tapi bercakap macam orang yang dah kahwin. Orang yang berpengalaman dalam percintaan. Pui. Eh, aku sendiri sebenarnya, sejujurnya rasa malu nak cakap pasal mende ni. Tahu sebab apa? Sebab aku rasa aku ni tak layak lagi. Tak layakkk lagii. Ok. Tu je kot aku nak cakap. Hmm. Bosan ni sebenarnya. Bosan gilakk. Klahh, Vevaii~ :)

Monday, March 25, 2013

Momentous momento

Assalamualaikum wbt.

Wooooohooo. Setelah berhempas pulas bertacing tacing, kini tibalah masanya untuk kita mencungkil gigi. Kselokk. kan sebelum ni aku dah post pasal aku keluar Instar masuk sekolah lama aku balik, SHAKS kan? Ni hah, aku nak habaq mai kat hangpa semua. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap camna. Yang aku tahu aku sangat bersyukur. Sangat. Sangat. Syukran ya Rabb. :')

*Maaf kalau ada unsur-unsur menyakitkan hati. Sumpah aku tak berniat. hanya ingin berkongsi kegembiraan.*

Aku dulu sekolah SHAKS waktu form 1 sampai form 3 aku pengawas asrama. Bila aku dah keluar kira aku ni dah bukan pengawas lah kan? Guess what? Aku masuk je SHAKS balik, aku dapat jadi pengawas semula. Alhamdulillah, Allah masih beri aku kesempatan untuk berbakti.

Then, bulan 2 baru-baru ni, cikgu ambil aku masuk bahas sekolah. Fuhh, mencabar doh. Dapat tajuk bahas hari Jumaat, hari Rabu dah kena bertanding. Perghh, memang mencabar. 3 hari tak masuk kelas. Kelas burn camtu je. Apeape pun, kami menang tempat ke3. WOOOAHHHH *Bunyi tepuk tangan* :3


Alhamdulillah, sekali lagi Allah kurniakan rezeki buat aku. Aku dapat masuk F1 in School. We're going to representing Malaysia in Texas, USA this November. InsyaAllah! Whoaa. Subhanallah. Yang ni aku sangat-sangat bersyukur. I don't even know how to describe my feeling! That was awesome! Do you know how it feel? Ya Allah, permudahkanlah. aminn.  Tapi kami bukan sekadar menggoyangkan lutut mengorek hidung semata-mata, banyak lagi yang perlu kami buat. Terlalu banyak. Pray the best for us! Ok?

23rd of March. Last two days, I've been to Sepang Circuit. Tengok perlumbaan litar. Alahh, yang Petronas punya kerja tu. Hah, yang tu lah. And you know what? I met Lewis Hemilton, Nico Rosberg, Esteben Gutierrez and more! Yang best nya kami dapat tandatangan depa! Perghhh! That was superb! Ohsemmm. 


Hah, nampak tak yang bercermin mata, berdiri sebelah kiri ni hah, no dua tu. Hah! Tu aku tuh! hahh! See, tu Lewis Hemilton. Yang depan ni Nico Rosberg. Kselokk. Tutup laptop anda segera. Sekian.

3 jam menunggu. Muka-muka kesabaran. :3


Hey you! Yes, you. No... You. Yes. Ahah, yes. YOU. Click here! HERE! Yes. Don't forget to like our page. Yes. All of your support given, we appreciate it damn much. Thanks for your support. That's all from me, thank you :) 


Tuesday, February 12, 2013

Tolonglahh mengerti....


Bismillahirrahmanirrahim.


‘‘Tak malu ke nak masuk SHAKS balik?’’

Rata-rata tulah jenis soalan atau lebih tepat lagi memang ayat  yang wajib keluar dari mulut orang bila tahu aku masuk balik sekolah lama. Dari aku form 1 sampai form 3, aku bersekolah di SHAKS. Alhamdulillah result PMR aku memuaskan melayakkan diri aku dapat SBP. Alhamdullillah. Aku bersyukur. Mak ayah aku pun gembira. Ayah aku lagilah. Beriya-iya dia uruskan hal aku. Waktu dia uruskan hal aku tu, terdetik dalam hati,

‘AKU TAKKAN MASUK SHAKS BALIK, AKU AKAN DUDUK INSTAR TU’

Lol, lawak kan? Aku dah mind set dalam otak aku, jangan kecewakan ayah lah Najwa weih. Tolonglah. Kakak aku pun kata, ‘’Korbankan perasaan kau tu.’’ Ok, aku boleh terima.

FIRST DAY, SELASA.

Aku sampai-sampai je aku terus rasa,

‘‘Ok sekolah, kita bakal bersama untuk dua tahun lagi’’.

Haha, lawak kan? Time tu aku masih boleh tahan perasaan aku. Tahan sebak dada aku ni hah. Tahan segala-galanya lah. Yelah, aku tinggalkan segala-galanya di SHAKS. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berjasa.

HARI SETERUSNYA

Aku tak berniat langsung nak balik SHAKS. Seteruk mana pun aku rasa, aku pendam sorang-sorang. Dalam otak aku kata, kau boleh Najwa, kau boleh. Ok, aku boleh. Aku pendam, pendam, pendam.

SABTU

Aku dah tak tahan sangat. Aku kol kakak aku yang ketiga. Kaklang. Aku curahkan segala-galanya. Aku tak kuat. Aku tak kuat langsung. Aku lemah. Jauh lebih lemah. Aku tak kuat. Aku menangis sehabis-habisnya. Aku tak boleh berfikir langsung time tu. Aku.... aku, ntahlah aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku nak keluar dari sekolah tu. Bagi aku, aku terlalu lemah. Aku tanya mereka cara diorang belajar camna. Fuhh, senak otak aku dengar. Aku dah tak fikir apa dah time tu. Yang aku tahu aku perlu blah dari situ.

AHAD

Aku curah segalanya kat mak and ayah. Ayah kata,

‘’Kalau susah sangat, berhenti sekolah! Duduk rumah! Tak payah belajar. Senang.’’

Terdiam aku. Time tu aku fikir betul jugak. Manja betul aku ni. Aku kata, ok, esok aku akan berusaha! Aku akan bertahan. Alahhh, dua tahun je lagi kutt. Haha. Tapi kan, aku nak tunggu dari hari first sampai hari ni punyalah sengasara. Boleh mak aku kata macam orang putus cinta punya sengsara. Haha. Time tu aku fikir aku kuat. Aku kuat! Yes! Aku kuat!

 ISNIN.

Ok, aku masuk kelas macam biasa. Ada datang rasa sayu tu bila kenang SHAKS tapi aku tepis pung pangg pungg pangg guna raket tenis. Ahh, pejadah harem kau. Aku pun mula lah belajar. First aku belajar Physics, ok, cikgu tu suruh buat sendiri. Dia kata kalau nak suruh dia ajar, buat-buat tak pandai. Haha. Kfaing, aku dah blurr. Then belajar, belajar, belajar.  Chemistry gabung kelas. 50 orang satu kelas. Fuhh. Aku nak nangis dah time tu. Memang lah sebab kekurangan cikgu. Sebab tulah. Then, Bahasa Arab. Aku habis tahan mata dah beb, serious mengantuk gila. Memang tak patutlah aku judge cikgu walaupun hari pertama mengajar. But, the most important is the first impression right? Erghh, aku dah naik pening dah time tu. Bila belajar add math lagi aku rasa nak menjerit hempuk kepala kat dinding tak pun pergi kat tingkap, buat terjunan olimpik. KAU TAHU AKU TAK FAHAM SATU HABUK?!

‘AKU NAK KELUAR! AKU NAK KELUAR!’

Dan dan je time tu aku teringat cikgu Roihanah punya ayat.

‘’Awak tak perlu pun keluar dari SHAKS ni sebab cikgu-cikgu kat sini semuanya cemerlang. Tak perlu dah pandang sekolah lain tu.’’

Haha. Time tu aku mampu gelak je dengar ayat pujuk cikgu Roi tu. Dia tak bagi kami ni pindah. Ok. Aku rindu cikgu time tu. Kau tahu kenapa aku sedih? Nak tahu? Sebabnyaaaaa... Aku bukan nak compare cikgu cemerlang SHAKS dengan SBPI. It’s just aku boleh terima cara cikgu SHAKS mengajar. Aku tak boleh terima cara cikgu SBPI mengajar. Memang aku ni demand. Tak layak langsung cakap camni. But that’s the truth. The reality. I can’t denied it. Petang tu aku curahkan segala-galanya kat mak. Then mak kata,

‘’Esok mak ambik kau, kemas barang, kita pergi SHAKS.’’

Aku tak tahu nak cakap pape dah. Aku speechless.

SELASA.

Genap  8 hari aku kat sini.  Pagi tu aku tak bermaya langsung.  Bukan sebab aku-apa-tahu. Cuma sebab aku ada tekanan perasaan kut. Memang aku over. But please, aku tak reti langsung kawal otak ngan hati aku. Hati aku nak stay, otak aku kata tak boleh. Cara dia 90% berbeza. Aku tak layak langsung cakap camni. Mujur pagi tu ada PJ. Aku tak main PJ. Aku alami tekanan perasaan. Pui. Haha. Over. Tapi itu kenyataannya. Seriously. Then aku belajar Sejarah. Waktu tu aku nak menjerit kat situ.

‘’BAB 2?! SAYA BAB 1 PUN TAK HABIS LAGI CIKGU!’’

Erghhh. Ya Allah! Permudahkanlahh..... Tiba-tiba,

‘’Assalamualaikum cikgu, boleh saya berjumpa dengan Nur Najwaizzati binti Azmi?’’

Cikgu kaunselor INSTAR datang ketuk pintu, nak berjumpa dengan aku. Ok, aku dah tahu apa sebabnya. Aku pun ikut. Aku tak tahu apa hati aku rasa time tu. Lebih tepat lagi macam jasad aku je berjalan sedangkan dalam badan aku ni kosong. Serious, tu yang aku rasa.

Aku masuk je bilik UBK, aku kena soal. Macam-macam. Aku tak tahu kenapa hati aku keras sangat time tu. SANGAT. Aku tak pernah keras macam tu. Selama ni aku akan ikut je cakap orang. But this time, TAK. Aku pelik. Then cikgu pun tak boleh nak cakap apa, dia lepaskan aku. But ada beberapa ayat yang membuatkan aku ingat sampai sekarang.

‘’Awak sanggup guriskan hati ayah awak demi menggembirakan hati awak?’’

‘’Saya tak berani janji, tapi saya takut saya lagi mengguriskan hati ayah saya dengan result exam saya sebab 
tak dapat capai apa yang dia harapkan selangkah saya menjadi pelajar SBP.’’

AKU TERDIAM.

Terngiang-ngiang dalam otak aku,

‘’Awak berusaha nak keluar, sedangkan beribu-ribu berebut nak masuk. Budak SBP dapat 6A dan budak sekolah biasa dapat 6A, universiti akan pilih 6A kualiti SBP.’’

Ok. Aku tersentap di situ. Aku terfikir, kenapa? Hebat sangat ke SBP? Memang aku akui, SBP hebat. SBP hebat. Aku teringat Hafsah, Izzati kata,

‘’Baik kau pergi Najwa, aku ni kemain nakkan SBP, tapi tak dapat. Takkan kau nak sia-siakan?’’

Ntah kenapa aku tak boleh terima SBP tu. Keluar je aku dari bilik UBK tu, ayah terus kata,

‘’Sekarang ni, nak keluar ke tidak? Nak keluar, jom kemas. Cepat.’’

Aku dapat rasa ayah marah. Yelah, siapa tak marah kan? Aku mintak kebenaran mak ngan ayah nak solat Dhuha sebelum buat keputusan. Lepas je solat, tanpa ragu-ragu aku pergi kat ayah,

‘’Jom ayah. Wa nak balik SHAKS.’’

And that was my story. Itulah cerita disebalik keputusan aku. Memang aku terburu-buru. Pentingkan diri. Memang. Aku sekarang ni hanya mampu  berdoa je. Moga Allah permudahkan urusan aku nak masuk SHAKS balik. InsyaAllah, haritu aku tanya, dia kata surat aku dah siap, tunggu tandatangan Encik Tajul tu je sebab sekarang dia dekat Cameron. Ok. Alhamdulillah. Tiada kata selain zikir tahmid, tasbih, takbir je keluar dari mulut aku.Suhhanallah. Alhamdulillah. Lailahailallah. Allahuakbar. Ya Allah, aku bersyukur.
Tatkala tu aku terus berjanji dalam hati nurani aku ni,

‘’Aku akan berusaha bersungguh-sungguh! Aku takkan main-main dah lepas ni! Aku janji! Aku janji!’’

SISIPAN HATI

Kau tahu apa yang aku rasa? Aku berdoa kat Allah,

‘’Ya Allah, kuatkan aku, tabahkan aku, peliharalah aku. Permudahkan urusan aku ke SHAKS, luluskan permohonan aku, izinkan aku bertapak semula ke SHAKS.’’

Time tu aku bukak The Holy Al Quran, ada sedikit definisi dari perkataan, aku tak ingat, tapi definisinya lebih kurang macam ni,

‘Tak perlu bersuara dengan suara yang kuat ketika berdoa kerana Allah mendengar setiap doa kamu walaupun dibaca dengan sangat perlahan.’

Ya Allah, time tu hanya air mata aku berbicara. Benarlah Allah itu ada SETIAP MASA dan Allah SWT itu MAHA MENGETAHUI. Subhanallah. Time ni aku berjanji,

‘’Ayah, wa akan berusaha bersungguh-sungguh nak dapatkan result cemerlang! InsyaAllah! Wa berjanji! Wa berjanji!’’

Dan aku teringat, SHAKS, pelajarnya bukannya teruk, ada je dapat straight A. Dapat pergi luar negara lagi. Syafie, Kak Akmal, Faiz Adenan, Kak Teha Roslan. Ramai lagi! Faiz Adenan, insyaAllah, SPM ni dia dapat STRAIGHT A PLUS. PLUS KAU! InsyaAllah.

 [Di mana –mana pun kau boleh berjaya.]

Haha, time ni aku rasa macam ada je yang akan membalas camni,

 ‘’Dahtu kenapa tak stay SBPI je?!’’

Haha. Aku pun tak tahu. Wallahua’alam. Satu je, jangan disebabkan kau kejar nama, habuk pun tara. Ilmu apa pun kau tak dapat. Kan? InsyaAllah. Aku bakal melakar nama nanti. Amin. Doakan aku ya? InsyaAllah. :’)