Warning ! You have stepped onto New Diary Of My Life . Please leave your footprints and follow me yeah . Thanks for visit here ! :D

Monday, December 31, 2012

Rindu? Ini ubatnya :)


Assalamualaikum wbt.



Rindu? Aku pun pernah merindu. Tapi aku tak pernah luahkan. Aku pendam. Sebab? Sebab aku tak nak syaitan dok sogok-sogok aiskrim suh menggatal. Seriously, aku rindu aku pendam. Aku pendammmm soranggg-sorangggg. Sakit? Memang sakit. Aku menangis sorang, aku merintih sorang, aku melalak menjerit-jerit tarik-tarik rambut sorang. Cettt, gureee saja. Hiperbola semua tu.Tade ah sampai macam tu sekali. Harap maklum :) Tapi aku search jugak kat tenettt. 

Doa rindu seseorang.


"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ...... [nama penuh insan tersebut] sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin ;')"

Aku pernah terdengar orang kata, 

JANGAN CAKAP KITA SUKA KAT SOMEONE NANTI SUKA TU HILANG SIKIT DEMI SIKIT. 

Betul ke tidak aku tak tahulah~ Lagi satu, kalau kita rindu someone tu, doa kat Allah SWT lebih baik, berganda-ganda triple pimple lebih baik dari duk melalak orang hilang anak. Dapatlah jugak ketenangan. Kan? Pendam perasaan kita, berdoa kat Allah lagi baik. InsyaAllah, terpelihara :)
Kalau terjadi situasi camni? Camna pulak? 

Bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain. Bila kita rindukan seseorang, mungkin dia merindui orang lain. Bila kita mengharapkan dia berada di sisi kita, mungkin si dia mengharapkan orang lain berada di sisi dia. 

Kesimpulannya, berdoalah kat Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung. Aku hanya mampu berdoa agar jodohku yang terbaik kerana aku juga sedang berusaha menjadi yang terbaik. Tapi bukan sekarang, focus study dulu. Nanti dah habis study, barulah gatai-gatai nak merayap, dibenarkan :) Ok. aku dah merapu, harap ampun :) Assalamualaikum~

Saturday, December 1, 2012

Penyelamat :')



Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum wbt.

Kalau korang ada baca post aku sebelum ni. Korang akan tahu kisahnya. Cehh, macam penting sangat je. Sebenarnya, aku bersyukur sangat. bersyukur sangat-sangat sebab Allah SWT dah kirimkan aku penyelamat. Penyelamat aku bukanlah sesiapa. Penyelamat aku ni hanyalah manusia biasa yang pernah melakukan kesilapan. Seriously, aku tak jangka pun dia begitu. Aku sayang kau kawan :)

"Aku keliru, aku sedih"
Otak aku berkata, hati aku merasa.

Aku buntu. Aku sedih. Aku rasa aku kosong. Aku mohon pada Allah. Ya Allah, kau bukakanlah jalan bagi hambaMu ini. Tibatiba ada mesej kat inbox aku. 'Penyelamat' aku tu, dia kata dia terbaca post aku. Dia bagi katakata semangat dia. Dia luahkan apa yang dia rasa as comment dia lepas baca post aku. 

AKU TERKEDU. AKU TERKELU. AKU TERHARU. SPEECHLESS.

Air mata aku menitik. Aku bersyukur. Sesungguhnya memang benar Allah SWT tak tinggalkan hambaNya.
Dia Maha Mengetahui. Dia tahu aku sedih, jadi Allah SWT kirimkan aku penyelamat. Allah kirimkan aku kekuatan melalui penyelamat tu. 

Aku khilaf. Aku lalai. Ampunkan aku Ya ALLAH. Ampunkan aku. Pertolongan Allah itu berada di mana mana. Kita je terlalu bongkak. Kita terlalu leka dengan dunia. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan kami. Kuatkan aku ya Allah. Kuatkan imanku ya Rabb. Aminn.

Munirah Aisyah binti Alias, kaulah penyelamat aku. Thanks a lot dear. Thanks a lot. Aku sayang kau dunia akhirat. Friendship till Jannah. Amin ;')




Friday, November 30, 2012

Keliru.



Assalamualaikum!

Weeeeee... Ok. Aku pun dah pening ni. Sama macam baby tu. Tapi aku comel sikit lah. Haha. Pffttt xP

Aku tengah konfius ni. Aku tak tahu sama ada nak pindah atau tidak.

"Kau nak pindah ke tahun depan?"
Aku pandang dia, sepuluh saat kemudian, "Ntah."

Ramai tanya sama ada aku nak pindah ke tak. Well, bukan tanya aku je pun. Tanya semua orang. Perasan diva kejap. Pffttt xD. Aku sayang sekolah aku tu. Bukan senang tak bergaul pulut sebati secukup rasa perencah babas. Aku pun terfikir, camna aku boleh kamceng gigi huh? Aku buat apa dulu? Peramah sangat ke aku? Aku ni pemalu. Weeee~

And you know what? The answer is, Iktikharah Prayer. :)

Pray to Him. And He'll give you the best result. 
Don't worry cause Allah SWT knows everything. 
Istikharah dear.

Sunday, November 25, 2012

:)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! 
Owh I love it damn much!

Waaa~ Dah lama dah aku tak update blog! Rindunyaa.. *Walaupun tade sapa nak baca :D* Hmm. Ekcelli, aku buat post ni lepas je aku pergi tengok wayang ISTANBUL AKU DATANG. Waahhhh! OMG OMG OMGGGG! Beto Kusyairy berlakon! Walaweiii... Gila aku kat dalam cinema tadi~ Weeee... *Cairrr...* Ok. Cukup. Har har~ *Ketinggalan doe~

Ok. Stop it. OHH TIDAKKK! Aku terlampau gilakan Beto Kusyairy! Ahhhh.... Ok. Hmm. back to the main point. Sebenarnya, tengah tengah aku duk gila bayang ke Beto ni hah, aku bukak lah facebook. Tengah tengah scroll tu, aku terjumpa post ni. Nak baca? Nahh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sesungguhnya, Allah itu MAHA MENGETAHUI. Alhamdulillah~ Sesungguhnya, aku bersyukur sangat! Aku terleka sebenarnya. Aku lagha.  Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. 
And guess what? Aku terjumpa quote ni. Sangat menusuk :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ohh I Love It! Haha. Aku nak Beto. *Pfftttt xP* Haha. Gurau~ Mestilah aku nak lelaki yang solehah. Lelaki yang boleh membimbing aku ke syurga. Ok, terlalu awal untuk aku bercakap bende sebegini. Tapi, kalau aku tak doa sekarang, bila lagi lah kan? :) 
Sesungguhnya, aku sangat bersyukur Ya Allah. Engkau mengingatkan aku dikala aku terleka. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Syukran Ya Rabb <3

Wednesday, August 22, 2012

Kahwin awal :]



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

WHOAAAAAAAAAAA!NAK JUGAK!
*K gatai naaa*

Ok. Tu expression yang aku tunjukkan bila aku tengok video si Syafiq yang berusia 16 tahun dan Yana yang berumur 14 tahun. Gila kau? Kecik-kecik dah kahwin?! Dah lah grand pulak tuh! Fullamak... Aku tabik gila parents diorang. Gila sporting! Nak tengok? Hahh. Maih klik sini. Malas? Hah. Tengok je video ni. 


My comment : Semoga kalian kekal sampai ke syurga. Tahniah kepada Syafiq kerana telah berjaya meyakinkan diri untuk menjadi suami yang bertanggungjawab pada usia yang muda dan yana menjadi isteri yang mithali. Mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz :)

Ok. Tu sebagai penyeri blog yang sekian lama aku tak buka ni. Anw, that is not my main point. Main point aku nak tulis kat sini, betapa beruntungnya mereka yang berkahwin awal ni. Sebab apa? Meh dengar ni.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Padan muka dekat syaitan sebab apabila berkahwin anak Adam itu, tiadalah kesempatan baginya untuk menggoda ke arah kemaksiatan. Kfaingg. Aku waktu usia camni hanya baca novel sweet sweet je. Depa dah kahwin dah. Jeles cheq :) *Apa cheq cakap Penang pulak ni?* Klah. Aku nak sambung study. But seriously, jelous gila dowhh! Haha. *Gatai naaa* Kbaii. 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Love,
SuperSimple :)



Sunday, June 3, 2012

Andai Rasulullah SAW melihat aku berfacebook.









Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'

Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?

Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?

Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.

Muslimah Dan Facebook

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?

Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOO, Agak-agak kena puji atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.

"Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!"

Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.

"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau."

Betul ke ni?

Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,

"Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni."

"Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."

Nampak?

Wahai saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"

Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.

Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

"Aku menunggumu kerana Allah."

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')

- Copy dari facebook. Sekadar renungan bersama. :)-

Saturday, March 31, 2012

Love because of Allah :)




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .

Wahhh ! Lamanya tak update blog . Geyl geyl geyl . Beranak pinak dah labah-labah ni . Teheee . Penipu ! Cett , tipu sikit tak boleh . Haha . Kfaingg , tu bukan motif sebenar aku .  Nampak tak gambar yang comel lagi menyayat mencuit hati kat atas tu ? 

May Allah loves you because you love me for His sake .

Kfaing . Memang aku ni budak sekolah lagi yang tak patut cakap pasal mende-mende ni semua . Tapi , cuba kita tengok , sekarang ni ramai budak sekolah or budak yang dah tua bangka duk bercintan cintun mengalahkan orang yang dah kahwin beranak-pinak 2 pasukan bolasepak tu ? 

Haihh . Bukannya apa , aku cuma tak nak terjebak sekali . Aku takut . Aku takut sebab aku pun remaja jugak . Kat sekolah aku ada join satu usrah naqibah ni . Cikgu Julianti Kassim yang handle . Dia tunjuklah video-video pasal bayi luar nikah kena buang . Sedihnyaaaa ! 
Serious , sedih gila tengok baby tu semua . Semua tu berpunca daripada ? Zina ! Zina berpunca daripada ? Couple ! Couple disebabkan oleh ? Cinta ! 

Sebab tu aku takutt ! Sebab aku ni pun remaja . Mudah goyah . Tambah-tambah pulak iman aku yang tak berapa nak kuat . Aku takut kalau aku goyah , mudah jatuh cinta sebelum masanya , aku kalah . Aku tak nak kalah ! Aku nak jadi seorang muslimah yang istimewa . Kan ? 

Wanita ni umpama epal yang berada di atas pokok . Ada yang jatuh terjelepok ke bawah dan berulat . Ada yang sudah jatuh tetapi masih elok dan diambil oleh manusia lalu dimakan. Janganlah kita menjadi epal yang masih tergantung di pokok tetapi sengaja menggoyang-goyangkan buahnya supaya jatuh lalu busuk dimamah ulat tetapi jadilah epal yang tergantung rapi dan menunggu manusia yang sepatutnya datang dan memetik kita pada masa yang sepatutnya .

Mendalamkan maksudnya ? Wahai wanita , fahamilah maksudnya . Peliharalah dirimu . Kfaingg , aku pun tak cukup kuat . Wahai kawan-kawanku sekalian , jika anda sedang bercouple , dan anda hendak berubah , amalkanlah ayat ni . Insyaallah Allah akan membantu .


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah, Aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, JARAK ini bukan untuk menghukumku, tetapi JARAK ini untuk MENJAGA aku dan dia."

Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada
sahabat - sahabat kita :)

Secara jujurnya aku menyatakan bahawa aku juga tidak kuat . Kuatkanlah aku Ya Allah ;']

Wednesday, January 25, 2012

Everybody's not perfect






Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Setelah sekian lama dah tak update , rasa pelik pulak bila tengok blog aku ni . Cehh , padahal baru je update :P Haha . Kali ni aku nak tulis pasal kesempurnaan . Bukannya apa , dah lama dah aku perhatikan sekeliling  . Maka , resultnya ....

Everybody's not perfect 

Ok hiraukan gambar itu ._.
That's my keyline . Kenapa aku tulis macam tu ? For surelah because of my life ! Allah itu Maha Adil . Dia tarik bahagian tu , Dia bagi bahagian ni . Tak percaya ? Cuba tengok sekeliling . Ada yang buta , tapi pandai hafaz Al-Quran . Kita yang celik ni pun belum tentu dapat hafaz al-quran even satu surah pun .  Kan ? Lagi ? Ada orang yang buruk teramat rupa parasnya , tapi otak dia , akal fikiran dia , mashaAllah . Sangat amat terlampau bijak . Kfine , tatabahasa salah :P 

Ada pulak yang baik , cantik , kaya , tapi pemikiran dia sangat cetek . Hah , ada lagi , ada orang tuh dia cantik , baik , bijak tapi dia tak kaya . Segala yang berlaku ada hikmahnya . Siapa tahu kalau dia kaya , dia akan jadi bongkak , riak , takbur ? Kan ? Who knows ? Only Allah knows . 

Banyak lagi contoh yang boleh dibuat . Kalau nak suruh aku senaraikan , mahu terkeluar biji mata korang sebab tak habis-habis :) Cuba kita selami , kaji sekeliling kita . Jangan kita sibuk nak kata , 'Allah tak adil !' , 'Allah's not fair !' atau seangkat bersama terangkat dengannya . Kita sepatutnya bersyukur . Mungkin kita kekurangan bahagian ni , kita lebih bahagian tu . Kan ? Jangan tinggalkan Allah . Bila kita tak tinggalkan Allah , maka Allah tidak akan tinggalkan kita . Everybody's not perfect . That's why we have Allah :)
You know why Shrek is the best fairytale ?
Because in some fairytales , the princes and the princesses are perfect.   
But in SHREK ,it teaches us that imperfect people can still have their own happy endings .
Kan ? Kfine , aku cilok kat wall orang :DD Haha . Biaqlah :) Even aku cilok pun , bende yang betul ni kan ? Haha . Klahh , dah malam . Outt dulu :) Assalamualaikum !