Warning ! You have stepped onto New Diary Of My Life . Please leave your footprints and follow me yeah . Thanks for visit here ! :D

Monday, December 31, 2012

Rindu? Ini ubatnya :)


Assalamualaikum wbt.



Rindu? Aku pun pernah merindu. Tapi aku tak pernah luahkan. Aku pendam. Sebab? Sebab aku tak nak syaitan dok sogok-sogok aiskrim suh menggatal. Seriously, aku rindu aku pendam. Aku pendammmm soranggg-sorangggg. Sakit? Memang sakit. Aku menangis sorang, aku merintih sorang, aku melalak menjerit-jerit tarik-tarik rambut sorang. Cettt, gureee saja. Hiperbola semua tu.Tade ah sampai macam tu sekali. Harap maklum :) Tapi aku search jugak kat tenettt. 

Doa rindu seseorang.


"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ...... [nama penuh insan tersebut] sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin ;')"

Aku pernah terdengar orang kata, 

JANGAN CAKAP KITA SUKA KAT SOMEONE NANTI SUKA TU HILANG SIKIT DEMI SIKIT. 

Betul ke tidak aku tak tahulah~ Lagi satu, kalau kita rindu someone tu, doa kat Allah SWT lebih baik, berganda-ganda triple pimple lebih baik dari duk melalak orang hilang anak. Dapatlah jugak ketenangan. Kan? Pendam perasaan kita, berdoa kat Allah lagi baik. InsyaAllah, terpelihara :)
Kalau terjadi situasi camni? Camna pulak? 

Bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain. Bila kita rindukan seseorang, mungkin dia merindui orang lain. Bila kita mengharapkan dia berada di sisi kita, mungkin si dia mengharapkan orang lain berada di sisi dia. 

Kesimpulannya, berdoalah kat Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung. Aku hanya mampu berdoa agar jodohku yang terbaik kerana aku juga sedang berusaha menjadi yang terbaik. Tapi bukan sekarang, focus study dulu. Nanti dah habis study, barulah gatai-gatai nak merayap, dibenarkan :) Ok. aku dah merapu, harap ampun :) Assalamualaikum~

Saturday, December 1, 2012

Penyelamat :')



Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum wbt.

Kalau korang ada baca post aku sebelum ni. Korang akan tahu kisahnya. Cehh, macam penting sangat je. Sebenarnya, aku bersyukur sangat. bersyukur sangat-sangat sebab Allah SWT dah kirimkan aku penyelamat. Penyelamat aku bukanlah sesiapa. Penyelamat aku ni hanyalah manusia biasa yang pernah melakukan kesilapan. Seriously, aku tak jangka pun dia begitu. Aku sayang kau kawan :)

"Aku keliru, aku sedih"
Otak aku berkata, hati aku merasa.

Aku buntu. Aku sedih. Aku rasa aku kosong. Aku mohon pada Allah. Ya Allah, kau bukakanlah jalan bagi hambaMu ini. Tibatiba ada mesej kat inbox aku. 'Penyelamat' aku tu, dia kata dia terbaca post aku. Dia bagi katakata semangat dia. Dia luahkan apa yang dia rasa as comment dia lepas baca post aku. 

AKU TERKEDU. AKU TERKELU. AKU TERHARU. SPEECHLESS.

Air mata aku menitik. Aku bersyukur. Sesungguhnya memang benar Allah SWT tak tinggalkan hambaNya.
Dia Maha Mengetahui. Dia tahu aku sedih, jadi Allah SWT kirimkan aku penyelamat. Allah kirimkan aku kekuatan melalui penyelamat tu. 

Aku khilaf. Aku lalai. Ampunkan aku Ya ALLAH. Ampunkan aku. Pertolongan Allah itu berada di mana mana. Kita je terlalu bongkak. Kita terlalu leka dengan dunia. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan kami. Kuatkan aku ya Allah. Kuatkan imanku ya Rabb. Aminn.

Munirah Aisyah binti Alias, kaulah penyelamat aku. Thanks a lot dear. Thanks a lot. Aku sayang kau dunia akhirat. Friendship till Jannah. Amin ;')