
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Wahhh ! Lamanya tak update blog . Geyl geyl geyl . Beranak pinak dah labah-labah ni . Teheee . Penipu ! Cett , tipu sikit tak boleh . Haha . Kfaingg , tu bukan motif sebenar aku . Nampak tak gambar yang comel lagi menyayat mencuit hati kat atas tu ?
May Allah loves you because you love me for His sake .
Kfaing . Memang aku ni budak sekolah lagi yang tak patut cakap pasal mende-mende ni semua . Tapi , cuba kita tengok , sekarang ni ramai budak sekolah or budak yang dah tua bangka duk bercintan cintun mengalahkan orang yang dah kahwin beranak-pinak 2 pasukan bolasepak tu ?
Haihh . Bukannya apa , aku cuma tak nak terjebak sekali . Aku takut . Aku takut sebab aku pun remaja jugak . Kat sekolah aku ada join satu usrah naqibah ni . Cikgu Julianti Kassim yang handle . Dia tunjuklah video-video pasal bayi luar nikah kena buang . Sedihnyaaaa ! Serious , sedih gila tengok baby tu semua . Semua tu berpunca daripada ? Zina ! Zina berpunca daripada ? Couple ! Couple disebabkan oleh ? Cinta !
Sebab tu aku takutt ! Sebab aku ni pun remaja . Mudah goyah . Tambah-tambah pulak iman aku yang tak berapa nak kuat . Aku takut kalau aku goyah , mudah jatuh cinta sebelum masanya , aku kalah . Aku tak nak kalah ! Aku nak jadi seorang muslimah yang istimewa . Kan ?
Wanita ni umpama epal yang berada di atas pokok . Ada yang jatuh terjelepok ke bawah dan berulat . Ada yang sudah jatuh tetapi masih elok dan diambil oleh manusia lalu dimakan. Janganlah kita menjadi epal yang masih tergantung di pokok tetapi sengaja menggoyang-goyangkan buahnya supaya jatuh lalu busuk dimamah ulat tetapi jadilah epal yang tergantung rapi dan menunggu manusia yang sepatutnya datang dan memetik kita pada masa yang sepatutnya .
Mendalamkan maksudnya ? Wahai wanita , fahamilah maksudnya . Peliharalah dirimu . Kfaingg , aku pun tak cukup kuat . Wahai kawan-kawanku sekalian , jika anda sedang bercouple , dan anda hendak berubah , amalkanlah ayat ni . Insyaallah Allah akan membantu .
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah, Aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, JARAK ini bukan untuk menghukumku, tetapi JARAK ini untuk MENJAGA aku dan dia."
Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada
sahabat - sahabat kita :)
Secara jujurnya aku menyatakan bahawa aku juga tidak kuat . Kuatkanlah aku Ya Allah ;']