
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Anak Mak atau Anak Ayah ?
Gambar di atas menunjukkan seorang wanita memegang erat pinggang seorang budak perempuan . Wanita itu bernama Puan Jamaliyah binti A. Jamil dan budak perempuan itu pula bernama Nur Najwaizzati binti Azmi iaitu cahaya mata yang terakhir buat pasangan Puan Jamaliyah dan Encik Azmi .
Najwa seorang budak yang dari luarannya seperti seseorang yang tidak gentar akan cabaran dunia namun hanya bonda tersayangnya tahu disebalik kekuatan permata hatinya itu . Najwa sering mengadu tentang masalahnya kepada bondanya kerana hanya bondanya yang dapat memahami anakandanya dan menyelesaikan masalah yang membelenggu pemikiran anakandanya . Kadangkala Najwa tidak sedar akan keluhan yang keluar dari bibirnya ketika diberi tugasan yang bertimbun menyebabkan bondanya segera memainkan peranan untuk membantu anakandanya .
Bondanya sanggup berjaga malam untuk menemani anakandanya yang agak penakut itu membuat tugasan dan membantu apa yang dapat dibantu agar beban yang ditanggung anaknadanya dapat dikurangkan dengan bantuannya . Ketika Najwa menghadapi masalah , bondanya akan mencuba sedaya upaya membantu walaupun terdapat kepenatan yang disembunyikan disebalik senyuman yang dihadiahkan .
Walaupun mempunyai cahaya mata seramai 6 orang , Puan Jamaliyah tetap tabah dan sabar mengharungi segala dugaan dalam mendidik anak-anaknya sehingga berjaya di dunia mahupun akhirat . Beliau sering memberikan nasihat-nasihat yang bernas bagi dijadikan panduan agar tidak tersasar dari landasan yang benar.
Pada tahun 2009 merupakan tahun bagi Puan Jamaliyah dan Encik Azmi mengerjakan haji . Dan pada tahun itu jugalah tahun Najwa menduduki UPSR . Setelah menduduki peperiksaan besar UPSR 2009 , tibalah masa untuk Najwa dan adik-beradiknya yang lain menghantar bonda dan ayahanda mereka mengerjakan haji . Bonda dan ayahanda mereka telah berjanji untuk mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya .
Tibalah masa untuk menerima keputusan yang paling berdebar bagi pelajar sekolah rendah . Pada tanggal 19 Disember 2009 , ketika itu , ramai ibubapa pelajar-pelajar MGPS Kuantan datang untuk memberikan sokongan . Ketika peperiksaan diumumkan , seramai 54 orang pelajar telah memperolehi keputusan 5A . Alhamdulillah , ketika itu , hanya kesyukuran yang melimpah ruah meniti di bibir diucapkan kepada yang Maha Berkuasa . Najwa merupakan antara salah seorang pelajar yang berjaya memperolehi 5A . Dan ketika itu , berjujuran air matanya keluar tatkala melihat rakan-rakannya memeluk erat ibu bapa mereka . Namun dia tahu bahawa bonda dan ayahandanya juga mendoakan yang terbaik buatnya dari tanah suci .
Ketika hendak memilih sekolah yang dijadikan tempat menimba ilmu pada masa hadapan , ibunya sanggup bersolat hajat untuk Najwa agar Najwa mendapat tempat yang terbaik . Ayahandanya juga bersama-sama bersolat hajat untuk anakandanya . Najwa teramat bersyukur dengan kurniaan Allah kerana telah dikurniakan orang tua yang amat memahami .
Pernahkah anda terdengar ? Ibu bapa yang berjaya ialah ibu bapa yang anak-anaknya berkongsi segala masalah termasuklah masalah peribadi bersama . Bagi Najwa , bondanya telah berjaya untuk menjadi seorang yang berjaya kerana anak-anaknya tidak kekok untuk berkongsi segala masalah bersama . Begitu juga ayahnya , ayahnya adalah lelaki yang paling dihormati malah disanjungi tidak kira masa atau ketika .
Aku adalah insan yang bernama Najwa itu dan Puan Jamaliyah adalah ibuku dan juga ratu dihatiku serta Encik Azmi adalah ayahku dan raja dihatiku . Aku bukanlah anak mak dan mahupun anak ayah . Tetapi aku merupakan anak kedua-duanya . Tiada bandingan yang dapat ku nyatakan kerana mereka berdua amat bermakna bagiku .
Ayah ,
Engkaulah yang mencari rezeki ,
Agar tidak kami kelaparan ,
Tidak dapat kami membalas jasamu ,
Moga hidupmu dirahmati ,
Hingga ke syurga .
Ibu ,
Engkaulah ratu hatiku ,
Bila ku berduka ,
Engkau hiburkan selalu ,
Ibu ,
Engkaulah ratu hatiku ;)
P/S : Tak tahulah ini alasan atau apa tapi nilah luahan hati saya . Sorry kalau ayat dia tak menepati syarat-syarat penyertaan xD
| My only lovely people ;) |

Known as: Wawa Azmi
Just me, my stories and a little bit of magic in this life.
No comments:
Post a Comment